ahli politik wanita yang cantik
Negara, ahli parti dan media semuanya teruja apabila ada orang yang berpenampilan menarik menjadi sebahagian daripada politik. Tambahan pula apabila seorang wanita cantik menjadi ahli politik.

Kini, lebih ramai wanita dan golongan muda yang telah mengambil peranan dalam politik di seluruh dunia. Dalam senarai yang akan kami kongsikan ini adalah wanita-wanita cantik dari pelbagai etnik dan kebudayaan yang telah menceburi bidang politik. Penampilan menarik, kecergasan dan glamor adalah ukuran yang diambil untuk menilai mereka.

10. Eva Kaili – Greece

eva kaili
Eva Kaili adalah antara salah seorang ahli politik wanita yang paling menarik dan mempunyai asal-usul keturunan Yunani. Dia adalah bekas penyampai TV dan pembaca berita untuk Mega Channel.
Pada tahun 2014, Kaili telah menjadi Ahli Parlimen Eropah yang mewakili Parti Pergerakan Sosialis Pahellenic. Kerjaya politiknya bermula selepas dia menyertai Kem Pelajar Panhellenic pada tahun 1992.

eva kaili 2 711
Pada pilihan raya pada tahun 2009, dia telah dipilih sebagai ahli Parlimen Hellenic untuk daerah pertama di Thessaloniki. Eva Kaili adalah pemegang sarjana dari Aristotle University of Thessaloniki.

9. Magdalena Ogorek – Poland

magdalena ogorek 2
Magdalena Ogorek adalah seorang ahli politik yang cantik dari Poland. Pada tahun 2011, dia telah gagal dalam pemilihan calon Parlimen Perikatan Kanan Demokratik. Pada 9 Januari 2015, Ogorek mengumumkan bahawa dia akan bertanding bagi pilihan raya presiden sebagai calon Perikatan Kanan Demokratik.
Orogek mempunyai Ijazah Sarjana dalam sejarah dari University of Opole dan juga pernah menjadi pensyarah. Kerjaya dia dalam politik bermula pada tahun 2004 apabila dia bekerja sebagai kerani di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pentadbiran.

magdalena ogorek
Sebelum menjadi kerani di kementerian itu, Ogorek juga pernah berlakon dalam beberapa siri drama membawa watak sebagai seorang jururawat. Ogorek adalah seorang yang lantang menggesa agar Poland tidak dilihat sebagai musuh oleh media Rusia. Beliau juga memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula pelbagai artifak Poland yang dicuri oleh tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

8. Fiorella Ceccacci Rubino – Itali

fiorella ceccacci rubino
Fiorella Ceccacci Rubino adalah seorang pelakon dan juga seorang ahli politik Itali yang cantik. Kerjaya politik Rubino bermula sejak dia menjadi calon Parti Forza Italia pada tahun 2006. Pada tahun 2008 pula, dia telah menyertai Parti Kebebasan Rakyat. Pada 2014, dia pernah ditawarkan oleh bekas presiden Silvio Berlusconi untuk menjadi calon sebagai ahli Parlimen Kesatuan Eropah.
Sebelum dia menyertai politik, dia adalah seorang pelakon hebat yang pernah bekerja dengan beberapa nama terkenal seperti Giorgio Albertazzi, Tinto Brass, Gigi Proietti, Enrico Mintesano dan Rossella Falk. Rubino terkenal dengan peranannya dalam SCTMV arahan Tinto Brass.

7. Jo-Anna Sue Henley Rampas - Malaysia

joe anna sue
Jo-Anna Sue Henley Rampas merupakan salah seorang calon dari Parti Warisan Sabah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Dia terlibat dalam bidang politik ketika Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk menjadi wakil Gen Y dan Gen Z di Sabah. Pada waktu itu Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, Kiulu yang tertelak tidak jauh dari Kota Kinabalu.
Jo-Anna Sue merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England. Dia juga aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Dia juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007.